HOTEL SERI MALAYSIA TEMERLOH BERHANTU KE?

Assalamualaikum and annyeong you guys! Selamat hari pekerja (1/5/2017) kepada pekerja-pekerja di Malaysia. So sepanjang holiday haritu, maklong ajak pergi pahang lah macam short vacay macamtu. Kebetulan rumah adik mak aku(pak udin) dekat Bentong. So, kitaorang gerak Hotel Seri Malaysia pada hari ahad. Check in pukul 2. Plan dia macamni sebenarnya, family aku dgn maklong je nak pergi, pak udin aku tak plan nak pergi pun. So, tempah bilik 3 je lah, sebab akutak tidur sebilik dengan mak aku sebab mana nak muat 9 beranak dalam satu bilik ha ko macam sardin lah nanti kan. Memang bilik penuh staff cakap, tapi bila dah sampai nak cari bilik lagi suddenly ada, alhamdulillah sebab kalau tak aku kena kongsi bilik pulak dengan pak udin aku.

Nak dijadikan cerita lagi, bilik mama, maklong, aku sebaris and satu tingkat sahaja. Bilik pak udin tingkat atas sekali. Mama pun suruh kitaorang yang pindah bilik atas, dan pak udin tidur lah bilik sebelah mama sebab anak dia semua kecil-kecil lagi. 

My first impression dekat hotel ni, urm not so nice but not so bad also. Tempat dia macam a lil bit usang maybe sebab dah lama. Sebelum aku pergi sini, aku dah research siap siap dekat google, yelah as preparation kan? So, Hotel Seri Malaysia ni tak ada lift ye, diulangi, TAK ADA LIFT. Aku warned lah awal-awal better jangan lah bawak beg berguni beroda bagai, dapat bilik bawah sekali, rezeki korang lah.

Ni aku bagi lah rupa bangunan 'hotel' ni ,macam mana ye.
Ni gambar aku snap sendiri, not from google.





Ni gambar from google. 

Aku just husnuzon,maybe masa hotel ni baru lagi kot. Sebabtu, indah khabar dari rupa hehe.
Masuk- masuk bilik, erm just not so bad. View belakang hotel, hutan tak berapa tebal sangat.
Bilik kecil, katil muat dua orang. Aku cepatkanlah cerita aku ni okay? Petang tu depa sibuk dok nak swimming. Aku memang tak boleh join sebab first day cuti. Jadi, aku penuhkan holiday aku dengan membaca buku fixi dan tengok movie.
Kolam dia tak berapa nak bersih dan semenggah sangat sebab takde orang rela nak cuci kot? Tapi, pagi pagi selalu ada pekerja bersihkan kolam nu.

Lama jugak lah aku dok melanguk tengok dorang mandi hmm. Pukul 6.30 petang macamtu dorang naik. Malam tu, kitaorang keluar pergi makan, lepas isyak tangga aku nak turun dari tingkat atas tu memang seram sebab gelap dan tak berlampu. So,kalau nak turun better beramai, jangan lah turun sorang sebab... memang seram.

Turun je tengok mama dan tungggu dekat bawah.




Dekat bawah tu ada bilik. Satu bilik tu pintu dia transparent maybe untuk any ocassion kot. Aku nampak, ramai pak ustaz duk baca yassin dan ada 3 baldi dekat depan dorang. Aku pun tak fikir sangat, ingatkan ada majlis cukur jambul ke baca doa selamat ke kan. Balik tu dah pukul 10 lebih, maybe dalam pukul 10.30pm. On the way nak naik ke bilik, nampak ada dua orang ustaz diri dekat bawah tu, seperti biasa aku tak fikir lain dan terus nak naik bilik. Penat. Masa on the way naik tangga ke bilik aku, adik-adik aku semua follow belakang, aku leader lah konon. Aku nampak dua orang ustaz turun tangga pegang gayung berisi air sambil baca something. Aku dah mula tak sedap hati, aku mula berselawat sepanjang perjalanan aku sampai ke bilik. Sampai je tingkat atas, aku nampak bilik-bilik, lantai dipenuhi renjisan air, fahamlah aku ustaz tu buat bersebab. Masalahnya, adik-adik aku tak faham, boleh lagi tanya, 
"Kak, apa ustaz tu buat kak?"
"Kak, kenapa ada air-air ni kak?"
Aku dalam hati,Ya Allah mengucap banyak kali. Masuk je bilik, aku bagi salam dulu, sambil berselawat sekadar perlindungan. Dalam bilik masatu sangat lah awkward. Semua diam. Aku pun taktau nak cakap apa. Taknak bagi awkward sangat, aku cakap dengan adik aku, jangan fikir sangat nanti lagi dia nak datang. Aku pun masatu tukar lah baju apa semua nak tidur. Suddenly, phone hotel bilik aku bunyi.KRINGGGG

"Hello?"
"Kunci pintu. Jangan keluar. Nampak kan ustaz tadi buat apa"-Mama
"HA nampak nampak. Okay ma"

Aku pun habaq lah dengan adik-adik aku. Tak sampai lima minit. KRINGGG

"Ambik air wudhuk sebelum tidur, solat isyak dulu. Jangan tutup lampu bilik air."
"Ha, okay ma."

Aku baru nak cuci muka, gosok gigi. KRINGGGG

"Ayah suruh turun tidur bawah, ayah risau. Bawak benda penting, lain semua tinggal. Cepat sikit"
"Okay, akak nak cuci muka dulu".

Adik-adik aku semua dah gelabah nak bawak bantal, phone semua. Aku dok sibuk lagi nak cuci muka. Dalam bilik air, tiba-tiba, TING TONG.

"Weh, bukak pintu, tengok siapa"
*Semua tercegat takut nak buka pintu*
"Lah, bukak jelah entah entah mama ke"

Bukak je pintu.. Mama dengan bertelekungnya, dengan ayah dah tunggu depan bilik. Sepanjang nak turun tu Ya Rabbi, meremang bulu roma ente. Malam tu, alhamdulillah aku tidur lena tapi sebelum aku nak pejamkan mata, aku dengar bunyi tapak kaki kuat sangat dari arah luar. Taktau lah kalau aku salah dengar takpun aku mimpi.

Pagi tu kitaorang naik bilik balik. Everything was normal. Nothing changed. Siap pergi breakfast. Makanan dia sedap sangat. Aku bertambah makan dekat situ hehe


Mana yang lain? yaya tengah makan. Boys tengah swimming.

Lepas breakfast, masing-masing lepak dekat swimming pool. Mula lah bercerita. Mama buka cerita dulu. Mama kata malam tadi mama asyik mimpi hantu je. Paling mnegejutkan aku, suddenly maklong cerita malam tu, dekat tangga, maklong nampak budak kecil, pakai skirts main dekat tangga. Maklong cakap dalam hati jelah, tak tegur,

"Eh, mana parents budak ni, main malam malam macam ni"

Aku pun terkedu.*telan air liur*HAHAHA

Dalam bilik maklong, maklong tanyalah suami dia, ada nampak tak budak main dekat tanggga tadi. Paklong cakap tak ada. Lepastu, maklong tanya anak dia, Firdaus. Firdaus pun nampak. Memang maklong kata, Firdaus ikut dia. Boleh nampak benda macamtu. Aku memang tak boleh nampak, Alhamdulillah phew.. 

Lepas swimming for the last time, kitaorang naik bilik. Masa tu benda macam biasa je. Lepak, tengok tv, makan maggie apa semua.. Suddenly terlintas dekat fikiran aku nak kacau mama. Masa kecil-kecil dulu kalau duduk hotel, suka kacau bilik orang lain dengan call nombor bilik, then tak cakap/buat suara hantu. Tapi aku tak buat pun. Cuma, aku ingatkan childhood memories aku je.

Tiba-tiba..

KRINGGG
*Nasuha angkat*

"Hello?"
*suara benafas yang sangat kuat
(Letak)

Me: "Mama ke yang call?"
Nasuha: "Tak, tah siapa call tak cakap"

KRINGGG
*Aku dengan nasuha, nadhirah dah pandang satu sama lain. Nasuha angkat lagi sekali. Sama maxam tadi jugak. Aku ingatkan nasuha nak main-mainkan aku lepas aku cakap pasal childhood memories tadi.

Kali ketiga call, aku yang angkat sebab aku tak puas hati, ingatkan nasuha menipu.

"Hello"
"herghhhh"(bunyi  bernafas kuat sangat)
"Hello? siapa ni?"
*diam*

Aku letak jelah, lantak lah siapa. Tapi aku tak tau lah ada benda kacau takpun cousin aku kacau dekat bilik dia. Korang rasa siapa?

Balik je Puchong, semua bercerita pasal ni hahaha. Masa nak check out, mama ada tanya staff sana.

"Dik, tak takut ke kerja sini?"
"Nak takut apa kak, dia tak main dekat sini. Dia main dekat belakang je"

Ayah pun cakap masa malam ayah naik nak teman kitaorang turun memang meremang bulu roma lalu situ. Lagi, lagi masa dekat corner tangga. Nak tau bilik mana aku 'tidur'?


Balik daripada hotel ni, aku buat lagi research pasal Hotel Seri Malaysia. Unfortunately, i can't find anything. So, biarlah aku yang kongsi pengalaman dulu. Tapi, aku jumpa satu link ni yang buat aku terkedu.
Korang faham apa aku nak sampaikan, kan? Husnuzon je okay? 😉

Love,
hzqhnajwa.















Comments

  1. HANTU KAT MANA2 PUN ADA..RUMAH SENDIRI PUN ADA..JADI BIARKAN JE APE YANG JADI.DIA DI ALAM DIA,KITA DI ALAM KITA..MUNGKIN DIE NAK BERKAWAN...SY EX-STAF HOTEL TU.CERITA-CERITA HANTU NI,MEMANG ADA..JADINYA TERPULANG PADA KITA MACAM MANA NAK HANDLE SITUASI TU..

    ReplyDelete
  2. Wehhh betul ke bilik nobor 304 Ada hantu.. Hari Tu aku Ada cuti Kan hotel Sri Malaysia temerloh sebaikk Aku bilik 205

    ReplyDelete
  3. Saya bru terbaca blog nie... Bru terfikir nk stay hotel nie.. mula nye nk book hotel jelai tp lg lg bnyk ganguan...

    ReplyDelete
  4. hampir nak booking hotel sri malaysia dgn hotel jelai.. nasib baik tgk dlm online ckp dh full.. tp dh booking hotel green park. ok ke x hotel tu?

    ReplyDelete
  5. saya pernah pergi dekat hotel tu tapi nasib baik allah bagi aircond rosak kalau tak memang saya tidur dengan hantu lepastu masa saya nak balik ada satu keluarga ni sihat tak mengantuk langsung berjalan nak masuk hotel dengan bawak belon

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

INTERVIEW MASSCOMM 2017

LIFE AFTER SPM